Penapis Air Amat Penting

Apakah pentingnya penapis air di zaman ini? Mengapa manusia di zaman sebelum 70-an tidak memerlukan penapis air di rumah tetapi masih mampu hidup sihat sehingga 75 tahun?

Persoalan di atas banyak berkait dengan kualiti air yang kita minum seharian. Tapi mengapa dulu ok tapi sekarang tidak ok? Secara ringkasnya ialah pencemaran air sungai pada zaman ini agak membimbangkan. Dahulu tidak banyak industri perkilangan di Malaysia. Malaysia banyak mengimport barangan dari negara luar tetapi secara beransur-ansur Malaysia secara aktif mula mengilangkan barangan sendiri.

Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha kilang melupuskan bahan buangan ke laluan sungai mendatangkan pencemaran terhadap kualiti air sungai termasuklah eko-sistem di pesisir sungai. Kerap kedengaran di media-media cetak dan elektronik dimana terdapat sindiket yang melupuskan sisa-sisa toksin ke dalam sungai seperti minyak enjin kenderaan yang telah terpakai dan sebagainya.

Kini, adalah menjadi satu kemestian untuk anda mempunyai sebuah penapis air untuk menapis segala kekotoran sebelum memasuki sistem paip air di rumah anda. Penapis air amat penting dalam menjamin kualiti air yang diambil berisiko rendah agar setiap titik yang dihirup, bebas dari molekul-molekul yang merbahaya.

Untuk lebih berkesan, anda perlu ada sebuah penapis air diluar rumah yang mampu melakukan proses backwash. Backwash adalah keadaan dimana air mengalir secara terbalik. Apabila ini berlaku, komponen penapis seperti butiran pasir dapat dicuci secara automatik. Andaikan air mengalir dari kiri ke kanan dalam sebuah batang paip yang mempunyai perangkap sampah dan sekiranya proses backwash dijalankan, air akan dilalukan dalam arah kanan ke kiri. Ini akan menolak keluar sampah-sampah yang tersangkut pada perangkap tersebut.

Penapis ini tidak memerlukan sebarang penjagaan berkala, memadai dengan melakukan proses backwash seminggu sekali. Didatangkan dengan skim ansuran serendah RM50 sebulan pada harga mampu milik. Sebenarnya nilai RM50 itu lebih dari memadai berbanding dengan nilai kesihatan yang anda dapat.


penapis air murah

Tidakkah anda mahu merasai kesan serta-merta seperti badan rasa lebih bertenaga kerana kurangnya paras toksin dalam badan. Begitu juga sayur-sayuran yang dibasuh dari air yang bertapis lebih tahan lama. Penapis air amat penting bagi sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berunsurkan makanan kerana ia melibatkan jumlah pengguna yang ramai. Tidak pasti pula samada pihak berkuasa tempatan ada mewajibkan setiap restoran dimestikan untuk memasang sekurang-kurangnya sebuah unit penapis air.

Produk penapis air sepertimana gambar di atas, didatangkan dengan jaminan 10 tahun oleh pihak pengilang. Ianya satu tempoh yang lama sehinggakan kita tidak perasan bahawa penapis air yang kita miliki telah habis susutnilainya menjelang tahun ke 10.



Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana proses backwash berlaku. Dengan menggunakan pasir halus berukuran 0.33mm, ia mampu memerangkap kekotoran yang berada didalam bekalan air yang masuk ke rumah anda.

TIPS : Apabila anda terputus bekalan air, sila matikan bekalan air masuk di pengunci yang berada di meter air. Sila hubungi pihak yang membekalkan air ke rumah anda. Tanyakan samada bekalan air terputus disebabkan oleh kerja-kerja membaiki paip bocor. Sekiranya jawapan mereka adalah YA, sila tunggu beberapa jam setelah bekalan pulih. Ini untuk memastikan kelompok air pertama yang memasuki taman perumahan anda mengalir ke rumah-rumah jiran. Kelompok air yang pertama ini kebiasaannya mengandungi tanah dan terlalu keroh. Selepas beberapa jam, kekotoran tebal tersebut akan mula mengurang dan diwaktu inilah anda buka kembali pengunci (stopcock).

Sila hubungi saya (kawasan Kajang) untuk mencuba sebuah unit penapis secara percuma selama 7 hari.

Jika anda lihat pada apa yang berjaya ditapis oleh sebuah unit penapis air, anda mungkin terasa loya, geli, memualkan.