Penyakit Kencing Manis dirujuk sebagai salah satu penyakit kronik di Malaysia. Dianggarkan 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini mengidap Penyakit Kencing Manis. Satu angka yang agak tinggi dan perlu diberi perhatian oleh warga Malaysia.
Simptom Kencing Manis
- Kerap membuang air kecil walaupun jumlah air yang diminum tidaklah banyak.
- Kerap rasa dahaga walaupun kuantiti air yang diminum adalah banyak.
- Kehilangan berat badan yang mendadak
- Kerap rasa lemah dan letih
- Kebas pada kaki dan tangan akibat kerosakan sistem saraf yang biasanya bermula di kaki
Rawatan Kencing Manis
- Mestilah mendisiplinkan diri untuk berpantang makan. Jangan sesekali melanggar pantang kerana pesakit kencing manis amat sensitif terhadap makanan tinggi gula dan karbohidrat.
- Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak. Perkara ini memang telah diperdengarkan kepada setiap murid sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Tapi hakikatnya memang payah untuk seseorang mengambil kuantiti sayur-sayuran yang banyak dalam diet harian mereka.
- Lakukan senaman yang mencukupi. Tidak perlukan senaman berat seperti seorang ahli sukan, memadai dengan pergerakan seluruh anggotan badan yang mempu mengeluarkan peluh. Bersenam merupakan elemen utama dalam memastikan tahap kesihatan seseorang berada pada tahap terbaik. Tidak ramai yang sukakan aktiviti senaman. Bosan! Ya, bosan sebab tidak dilatih sejak kecil.
- Mengambil produk-produk rawatan alternatif seperti teh herba, air tinggi alkali dan sebagainya dalam kehidupan seharian.
- Tidur yang mencukupi kerana seluruh otot-otot badan mendapat rehat bagi penugasan kerja di hari berikutnya. Badan yang tidak mendapat rehat yang mencukupi, mudah dijangkiti penyakit kerana fungsi-fungsi tertentu anggota badan kurang tenaga melawan penyakit.
- Makan ubat secara berjadual sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan moden yang dibekalkan oleh pihak hospital.
Ringkasnya, kencing manis masih mampu dikawal. Sekiranya anda mempunyai simptom kencing manis yang dinyatakan di atas, segeralah membuat ujian darah di hospital berhampiran agar penyakit ini dapat sentiasa dipantau. Anda juga boleh mencuba pengambilan titisan air beralkali CMD Revell yang telah mendapat maklumbalas yang cukup baik dari penggunanya.