Bagi penduduk Sarawak, ia telah lama digunakan sebagai alternatif perubatan tradisional yang dipercayai berkesan untuk membaiki peredaran darah dan menjaga kesihatan wanita terutamanya buat wanita yang baru melahirkan anak.
Sumber Photo : Wikipedia - Daun Seranting |
Leonurus sibiricusNama Tempatan :
Kacangma (Chinese), Seranting, Tebung aga, Padang deman (Melayu)Bahagian Yang Boleh Digunakan :
Seluruh pokokCiri-ciri :
Berbulu, batang pokok berbentuk 4 segi. Terdapat 2 spesis di mana bunganya berwarna merah jambu dan putih.Kegunaan :
Berkhasiat untuk wanita dalam merawat kitaran haid yang tidak menentu, merawat dalaman wanita sewaktu peringkat putus haid, sakit kencing berdarah, darah tinggi, anti-kanser, mengaktifkan aliran darah dan mengimbangkan hormon wanita. Disamping itu pokok Seranting juga bertindak sebagai ejen awet muda.