Kesan Diabetes


Kesan diabetes terhadap si penghidap diabetes akan berlaku untuk tempoh yang panjang sekiranya paras gula dalam darah tidak terkawal. Kemungkinan komplikasi terhadap salur darah yang besar (macrovascular) dan salur darah yang kecil (microvascular) akan berlaku untuk jangka masa yang panjang.

Jadi, berapa lama? Sukar untuk dijawab kerana ianya bergantung kepada polar pemakanan seseorang.

Apabila kesan diabetes terhadap salur darah yang besar berlaku, ianya akan melibatkan serangan jantung, pengaliran darah terhalang di laluan pembuluh salur darah di bahagian kaki dan menjadi lebih teruk apabila berlakunya lumpuh pada anggota badan.


Kesan Diabetes

Manakala, kegagalan buah pinggang, mata menjadi kabur, kurang deria rangsangan terutamanya pada bahagian hujung kaki dan tangan adalah kesan diabetes terhadap salur darah yang kecil. Keadaan mungkin menjadi lebih buruk apabila berlakunya keadan mati pucuk.


kesan diabetes
Kesan Diabetes Terhadap Salur Darah Kecil

Antara kesan diabetas yang lain adalah mudahnya mendapat jangkitan pada kulit, jangkitan paru-paru, kudis di kaki yang sukar disembuhkan. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan dengan menjaga diet harian dan elakkan dari kemalangan kecil yang mungkin boleh menyebabkan luka.