Tumbuhan yang tingginya tak sampai pun sejengkal ini tumbuh meliar di atas tanah secara menjalar. Nama saintifik bagi pegaga adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica.
Pegaga hidup subur di tanah yang agak lembab dengan menjalar di sekitar rumput di kawasan-kawasan seperti padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak mengetahui khasiat tumbuhan ini mencabut atau menghapuskannya dari kawasan persekitaran kerana menganggap ia tumbuhan penyibuk. Ada di antara pekebun yang menghapuskan tumbuhan ini kerana ia akan berkongsi baja yang diberikan kepada tanaman lain.
Jika mereka tahu akan khasiatnya sudah tentu mereka akan memelihara tumbuhan tersebut dengan membiarkan sebahagiannya hidup subur bersama tanaman yang lain. Antara lain, khasiat pegaga ialah kandungan zatnya seperti vitamin A, vitamin C, protein, zat besi dan gentian.
Segenggam daun pegaga yang diikat bersama akarnya, dijual pada harga RM2. Ia tumbuhan yang ada harga kerana bagi penggemar ulam-ulaman, mereka tahu akan khasiat pegaga dalam diet harian.
Penggunaan daun pegaga berbeza antara kaum di mana kaum Melayu memakannya sebagai ulam dan adakalanya dibuat kerabu yang dicampur dengan kelapa parut. Kaum Cina mengambil sebagai air penyejuk badan manakala kaum India menggunakannya sebagai penawar racun, anti kanser, ubat cirit-birit dan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.
Antara Khasiat Pegaga Yang Diperkatakan Ialah :
- penawar penyakit alahan
- merawat penyakit asthma dan sesak nafas
- merawat jangkitan paru-paru
- merawat kegusaran dan kegigilan
- sebagai ejen anti kanser
- membantu melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
- sebagai penawar batu karang
- sebagai penawar kencing berdarah
- sebagai penawar ulser
- melancarkan peredaran darah
- merawat cirit birit dan gastrik
- membantu menurunkan tekanan darah
Rasa daun pegaga dan tangkainya sedikit pahit dan kebiasaannya diambil bersama makanan lain bagi mengurangkan rasa pahitnya. Mengikut kata orang tua-tua, jika sesuatu jenis ulam itu agak pahit, itu tandanya ulam tersebut amat berkhasiat. Sejauh mana kebenarannya, mungkin agak sukar untuk diterima tetapi orang tua-tua lebih berpengalaman kerana bukankah pengalaman itu yang mendewasakan seseorang. Macam bermadah pula. :)
Mengenai Saya
Selamat sejahtera. Menulis sesebuah artikel bukan hanya sekadar menerbitkan apa yang telah dipaparkan di Internet. Ianya memerlukan masa menghimpun dan mengkaji maklumat yang terdapat di alam siber. Apa yang anda patut tahu ialah laman blog ini telah menyaring maklumat berkaitan, agar ianya padat dengan info yang berguna. Anda juga boleh berkongsi pengalaman menggunakan herba-herba tradisional dari segi keberkesanannya.
Naja 012-4670858
Powered by Blogger.
Blog Pilihan
-
Wanita Singapura mengaku bunuh pembantu rumah - Kes yang telah berlaku di negara jiran, Singapura ini amat menyayat hati. Pembantu rumah yang sepatutnya diberikan layanan yang sempurna tetapi majikan t...
-
Tips Membeli Komputer Yang Perlu Anda Ketahui - Rata-rata pengguna komputer tidak begitu mahir dalam pemilihan spesifikasi komputer yang bersesuaian dengan penggunaannya. Ringkasnya, lebih tinggi spesifi...
-
Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP - Berikut adalah petikan dari laman web KWSP berkenaan Skim Simpanan Shariah KWSP. Ringkasannya : - permohonan bermula 8/8/2016 dan berakhir pada 23/12/...
-
Jenis Darah - *Jenis darah* (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah ...
-
Kos Pasang Aircond - Musim El Nino memang menyentuh kulit kita ye dak? Apa taknya punya lah terik pancaran matahari menerjah bumi. Kalau dulu musim hujan, korang komplen tapi b...
Custom Search
Popular Posts
-
Pokok Keremak Merah mudah didapati di pasar-pasar basah terutamanya di kawasan berhampiran kampung-kampung. Daunnya dijual dalam harga seki...
-
Bagaimana Toksin Dibuang Dari Tubuh Manusia Dalam keadaan normal, toksin disingkirkan dari badan manusia melalui sistem perkumuhan seperti ...
-
Tumbuh meliar di kawasan semak samun terutamanya subur di kawasan yang agak berlembah. Daunnya bersaiz separuh dari tapak tangan lelaki dewa...
-
Mampukah kita hidup tanpa air untuk tempoh yang lama? Tentu sekali tidak kerana organ dalaman manusia menggunakan air sebagai ejen penyahtok...
-
Pokok miang kambing mempunyai sejarah perubatan lampau di negara China, kira-kira 2000 tahun yang lalu. Mereka berpendapat herba ini sebaga...