Daun Belalai Gajah

Generasi muda dewasa ini tidak lagi mengenali dan menghargai tumbuhan herba yang cukup sinonim dalam perubatan tradisional.
Mugkin ada pula yang tidak perasan langsung di persekitaran rumah ada tertanam tumbuhan herba yang tinggi khasiatnya. Kemungkinan sewaktu membeli, mereka lebih cenderung melihat warna bunga atau daun tumbuhan tersebut yang menarik minat mereka.

Daun Belalai Gajah

Sabah Snake Grass (SSG) atau di sini lebih dikenali sebagai Daun Belalai Gajah telah sekian lamanya diketahui mempunyai unsur-unsur anti oksidan yang tinggi bagi membantu mengatasi sel-sel kanser manakala sel-sel sihat dalam badan manusia terpelihara. Berlainan dengan rawatan kimoterapi yang membunuh kedua-dua sel kanser dan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

pokok belalai gajah
Pokok Belalai Gajah (www.pokokbelalaigajah.blogspot.com)
Nama Saintifik : Clinacanthus Nutans

Masalah Kesihatan Yang Mampu Dirawat Dengan Daun Belalai Gajah

  • kanser
  • buah pinggang
  • radang prostat
  • kolesterol
  • tekanan darah tinggi
  • asid urik tinggi
  • diabetes
  • mengurangkan risiko salur darah tersembat
  • membuang toksin dalam badan
  • menurunkan panas badan
  • hepatitis
Bagi yang berminat untuk menanamnya, kos dalam RM20 satu polibeg di mana didalamnya ada 2-3 batang. Ianya ditanam melalui batang yang akan bertunas. Setelah batang pokok mula mengeluarkan tunas yang banyak, perlulah ia dipindahkan ke tanah. Apabila telah meninggi, batang pokok belalai gajah dikerat dan keratan itu ditanam pula sebagai proses pembenihan.

daun belalai gajah
Daun Belalai Gajah (www.pokokbelalaigajah.blogspot.com)

Kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan mendapati Daun Belalai Gajah mempunyai agen anti-oksidan yang tinggi di mana anti-oksidan berfungsi untuk mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan manusia.

Dalam topik yang sama, pihak Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), mengatakan Daun Belalai Gajah bukan sahaja bertindak sebagai anti-oksidan, malah mampu melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser.


Penyediaan dan Pengambilan
Sekiranya anda telah sembuh dari serangan kanser, pengambilan secara sekali-sekala amat digalakkan bagi memastikan badan anda sentiasa menjalani proses nyah-toksid.

Jus atau perahan dari tanaman herba bagus diambil mentah, dengan molekul enzim yang utuh lagi mampu mempercepatkan proses kesembuhan dan kembali sihat. Ia juga dapat membekalkan rawatan yang kaya dengan ubat antikanser ber Ph alkali, yang dengan cepat dapat menstabil kandungan asid dalam tubuh. Dicadangkan penggambilan Clinathanus / Sabah Snake Grass / Belalai Gajah.

Apa jua ramuan herba elok dimakan mentah bagi mendapatkan khasiat sebenar herba tersebut. Jumlah daun disyorkan dalam proses rawatan kanser :

Tahap 1 : 30 helai daun setiap hari.
Tahap 2 : 60 helai daun setiap hari.
Tahap 3 : 100 helai daun setiap hari.
Tahap 4 : 150 – 200 helai daun setiap hari.

*Bila pesakit bertambah baik, kurangkan jumlah daun.

Sebagai pilihan anda juga boleh memproses daun belalai gajah sebagai jus minuman.

a) Sediakan 1/2 cawan air.
b) Masukkan 1 atau 2 ketul kiub air batu bagi mengelakkan kepanasan melampau semasa proses kisaran.
c) Campurkan suku bahagian lemon atau jus limau (penambahan Vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
d) Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan ke dalam pengisar
e) Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya
f) Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu kedalam pengisar
g) Kisar dan minum segera dalam 5 minit. (penggambilan setiap hari)
h) Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan
1. Gula dan segala jenis manisan
2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
3. Daging = ayam, itik, lembu
4. Beras berkanji
5. Marjerin
6. Durian
7. Herba sarang burung
8. Ginseng dan herba awet muda



Semoga dengan adanya kaedah perubatan tradisional ini secara penggunaan herba 100% akan membantu menyelamatkan ribuan nyawa pesakit kanser. Bukanlah menidakkan keberkesanan kaedah rawatan moden secara kimoterapi tetapi apa yang kita mahukan ialah hasil apa jua perubatan tidak menjejaskan sel-sel badan yang lain.

Kuasa Herba Mengubati Penyakit

Ramai sedia maklum berkenaan kemampuan herba dalam mengubati ataupun menangkis penyakit tetapi tidak mengetahui padanan herba dengan penyakit. Blog kuasa herba akan berkongsi maklumat dengan anda.

pokok belalai gajah


Apa yang perlu anda ketahui sesuatu makhluk ciptaan Allah s.w.t. itu amat unik dan ada kegunaan di bumi Allah ini. Sesuatu ciptaanNya asalnya tidak mempunyai kuasa tetapi hanya berkuasa apabila diberikan kuasa ke atas makhluk itu. Jika sifat harimau dijadikan seperti seekor siput, maka, kuasa harimau itu hanyalah setakat mengengsot sahaja.

Kuasa Herba Mengubati Penyakit

Begitulah dengan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah s.w.t. yang diberikan khasiat tertentu. Dalam istilah sains, ianya dipanggil vitamin dan itulah kuasa yang ada pada tumbuh-tumbuhan itu. Dengan vitamin yang ada pada tumbuh-tumbuhan itu menyebabkan si pemakannya menjadi sihat dan berkuasa melakukan ibadah di bumi Allah.

Nampak begitu besar sekali kekuasaan Allah dalam menjadikan setiap ciptaanNya saling memerlukan antara satu sama lain.