Pokok Miang Kambing

Pokok miang kambing mempunyai sejarah perubatan lampau di negara China, kira-kira 2000 tahun yang lalu. Mereka berpendapat herba ini sebagai ejen perangsang seksual untuk lelaki dan wanita.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, pokok Miang Kambing atau nama saintifiknya Epimedium, juga digunakan untuk mengatasi masalah buah pinggang, limpa, sendi dan sakit belakang badan tetapi unsur yang paling berkesan adalah yang melibatkan masalah seksual lelaki dan wanita. Kandungan flavoid dipercayai berupaya meningkatkan stimulasi terhadap deria rasa terutamanya dibahagian alat sulit lelaki dan wanita.
Pengambilan secara teratur akan membantu memperbaiki aliran darah, meningkatkan fungsi sistem saraf dan membantu kesan ereksi ke tahap yang lebih baik. Ianya juga membantu melewatkan penuaan dan menguatkan ingatan kepada mereka yang mengamalkannya.

pokok miang kambing (shorthorned epimedium)
Sumber Imej : Wikipedia

Pokok Miang Kambing

Nama Saintifik :  
Shorthorned Epimedium
Nama Tempatan :  
Pokok Miang Kambing
Bahagian yang boleh digunakan : 
Seluruh pokok
Kegunaan : 

  • Sebagai tonik untuk lelaki dan wanita
  • Merangsang nafsu dan keinginan seksual
  • Meningkatkan tahap testosteron
  • Meningkatkan kandungan sperma
  • Meningkatkan fungsi buah pinggang
  • Mengurangkan keletihan
  • Melewatkan penuaan
  • Meningkatkan fungsi minda
  • Masalah sakit belakang
  • Masalah tekanan darah rendah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Sejuk dada, kebas
  • Kawalan menopause
  • Antioksidan
  • Masalah kencing malam yang terlalu kerap

Cara Penggunaannya
Untuk mendapatkan kesan yang baik, anda perlu mengambil 2-4 cawan teh sehari selama 4-5 hari secara berturut-turut. 

Kesan Sampingan
Anda dinasihatkan untuk mengambilnya dalam jumlah yang disarankan di atas. Dikhuatiri, pengambilan yang berlebihan (lebih 10 cawan sehari) akan mengakibatkan kesan rangsangan berlebihan dan memberi kesan terhadap jantung. Elakkan pengambilan produk berasaskan pokok Miang Kambing sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Wanita hamil dilarang menggunakan produk Miang Kambing. Sangat disyorkan bagi mereka yang mempunyai keinginan kurang seks terutamanya bagi mereka yang telah berusia.

Artikel disyorkan : Pokok Belalai Gajah