Sumber gambar : YPL Herba Farm |
Nama saintifik :
Cassia AlataNama tempatan :
Gelenggang (Candle Bush)Bahagian yang boleh digunakan :
Seluruh pokokKegunaan :
Rebusan daunnya mampu merawat masalah sembelit dan masalah uterus. Manakala daunnya mampu merawat penyakit kulit seperti panau. Ambil beberapa helai daun mentah dan gosokkan kepada bahagian kulit yang bermasalah. Sebagai ubat tradisional untuk menyingkirkan cacing, kaki tangan kebas dan pembersihan usus. Sesuai digunakan sebagai elemen dalam proses penurunan berat badan.Keupayaan daun gelenggang dalam menangani masalah kulit telah disahkan berkesan secara ilmiah. Di negara Afrika, daun gelenggang yang telah direbus mampu mengawal tekanan darah tinggi. Manakala di Amerika Selatan pula, daunnya digunakan untuk merawat penyakit berkaitan perut.
Pastikan air yang digunakan adalah air berakali untuk menjamin kesegaran makanan yang dimasak.