Punca Kencing Manis

Ramai di antara kita yang tidak mengetahui tahap kesihatan sehinggalah kita dimaklumkan oleh doktor bahawa kita mengidap penyakit kencing manis. Ramai yang beranggapan punca kencing manis adalah disebabkan oleh pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak.



Itu bukan satu-satunya punca kepada peningkatan statistik kencing manis. Faktor utama yang menyumbang kepada punca kencing manis adalah makanan dan minuman yang diambil oleh manusia.



Badan seseorang itu ibarat tong sampah yang penuh dengan longgokan toksid yang boleh mengancam nyawa apabila usia meningkat tua. Proses penuaan berlaku ke atas semua manusia dan organ-organ dalaman sudah mula letih bekerja untuk tuannya sejak tuannya dilahirkan ke dunia ini. Ibarat sebuah kereta yang berusia 5 tahun sudah tentulah enjinnya tidak sehebat kereta yang berusia 5 bulan.

Secara ringkasnya, dalam bahasa yang mudah, badan memerlukan glukos untuk membentuk tenaga manakala karbohidrat diperlukan untuk membentuk glukos. Makanan berunsur karbohidrat adalah seperti nasi, gula, kanji, bubur dan sebagainya. Glukos yang terhasil dari pengambilan karbohidrat ini seterusnya berada didalam darah dan dalam keadaan normal organ pankreas akan menghasilkan insulin di mana insulin ini akan membantu glukos memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Apabila berlakunya kekurangan insulin kesan dari ketidakcekapan pankreas menjalankan tugasnya, maka, berlakulah lebihan gula dalam darah dan akhirnya seseorang itu di diagnose mengidap penyakit kencing manis atau diabetes. Glukos yang berlebihan ini akhirnya akan disingkirkan melalui air kencing dan organ lain yang terlibat adalah buah pinggang. Buah pinggang pula secara langsung terpaksa bekerja keras dalam penyingkiran glukos dan akhirnya buah pinggang menjadi semakin lemah. Itulah sebabnya, penyakit kencing manis berkait rapat dengan penyakit buah pinggang.

Mengapa Pankreas Tidak Cekap Berfungsi?

Antaranya ialah faktor usia sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Tetapi, faktor yang lebih utama ialah pemakanan. Makanan dan minuman yang diambil amat penting dalam menjaga kesihatan. Elakkan mengambil makanan yang tinggi tahap keasidannya secara kerap. Antara makanan yang tinggi kadar asid adalah seperti daging dan makanan laut yang bercengkerang seperti siput, kerang dan sebagainya.

Bagaimana Mengurangkan Asid Dalam Badan?

Setiap orang wajar mengamalkan piramid makanan seimbang agar proses neutralisasi asid dalam badan dapat dihasilkan secara semulajadi. Disamping itu, aktiviti senaman ringkas juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu meningkatkan penghapusan toksid melalui perpeluhan. 




Jadi anda telahpun tahu apakah punca kencing manis yang sebenar. Cuba bayangkan ini, kanak-kanak yang gemar makan gula-gula jarang sekali menghidap kencing manis tetapi mereka di peringkat usia 40-an ke atas, kerap mengidap kencing manis, walhal mereka tidak sukakan gula-gula.

Bacaan lain yang disyorkan :

Simptom Kencing Manis

Penawar Kencing Manis