Merawat Sembelit

Merawat Sembelit Dengan Produk Herba

Sembelit adalah salah satu gejala penyakit usus yang biasa dialami oleh seseorang. Sembelit adalah ketidakupayaan untuk mengeluarkan najis atau kesukaran membuang air besar. Gejala-gejala sembelit biasanya mudah dikenalpasti. Mereka yang mempunyai masalah sembelit akan merasai kesukaran untuk membuang air besar dan tidak mempunyai jadual pembuangan air besar secara teratur. Petunjuk lain adalah najis keras, hanya dua kali atau kurang membuang air besar dalam seminggu.

Berapakah Kekerapan Membuang Air Besar Yang Ideal?

Ianya agak subjektif dan kerapkali berbeza antara seseorang. Ada orang yang membuang air besar 3 kali sehari namun ramai yang hanya membuang air besar sehari sekali. Kekerapan membuang air besar sehari sekali sebenarnya sudah cukup baik dari sudut kesihatan. 
Walaubagaimanapun ia juga bergantung kepada :
  • kuantiti makanan yang diambil
  • jenis makanan yang diambil
  • kuantiti air yang diminum

merawat sembelit

Sekiranya seseorang mengamalkan diet yang sihat, besar kemungkinan mereka tidak akan mengalami masalah sembelit. Jika seseorang mengambil kuantiti makanan yang sedikit, mereka mungkin membuang air besar 2 atau 3 hari sekali. Jangan panik kerana ini belum lagi diklasifikasikan sebagai satu ancaman kepada tubuh badan. Namun sekiranya seseorang itu kerap membuang air besar lebih dari 3 hari sekali, maka, mereka harus merenung kembali apakah kuantiti dan jenis makanan dan minuman yang diambil 3 hari lepas. Lebih dari 3 hari adalah satu ancaman pada kesihatan kerana najis adalah sisa-sisa toksid yang perlu dikeluarkan dari badan. Sembelit yang tidak dirawat untuk jangkamasa panjang boleh membawa kepada komplikasi yang teruk.

Proses Penghadaman

Makanan akan bergerak melalui kolon, kolon menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum. Setelah najis sampai ke rektum, ia akan menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Bagaimana Sembelit Berlaku

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan menyebabkan najis bergerak melalui kolon dengan kadar yang amat perlahan. Akibatnya, najis boleh menjadi keras dan terlalu kering.

Punca Sembelit

Lebih cenderung kepada gaya hidup seseorang. Ramai yang terdedah kepada pengambilan makanan yang rendah serat dan makanan berasid. Mereka yang kurang bersenam juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami gejala sembelit. Seseorang yang kerap bersenam membolehkan organ tubuh menjadi sihat dan dapat berfungsi ditahap optimum.

Merawat Sembelit

Kaedah biasa ialah pengambilan julap yang dikawal oleh doktor dari segi kuantiti pengambilannya. Julap bertindakbalas dalam beberapa cara. Ia boleh melancarkan pergerakan najis. Ia juga boleh melonggarkan atau melembutkan najis yang terbukti sukar untuk keluar. Julap mampu membersihkan usus dan seterusnya menghilangkan kesan sembelit.


merawat sembelit dengan herba
Kaedah lain ialah dengan pengambilan ubatan herba yang tidak mempunyai kesan sampingan pada kesihatan dan mampu merawat penyakit sembelit. 
Sedikit perkongsian yang dialami oleh saya sendiri sebagai penulis blog ini.
Baru-baru ini saya mengikuti sebuah program penerangan mengenai 3PTEB dan diakhir sesi penerangan tersebut CEO Dimaz Health & Beauty telah tampil memberikan sedikit penerangan mengenai produk-produk keluaran syarikat beliau. Beliau memperkenalkan kepada peserta mengenai produk Kapsul Herba Segar yang mampu merawat penyakit sembelit disamping membersihkan kerak susu, obesiti dan perut buncit. Kebetulan saya memang mengalami masalah sembelit dan akhirnya membeli sebotol produk tersebut untuk melihat sendiri akan keberkesanannya. TERBUKTI ianya memang berkesan menyelesaikan masalah sembelit saya. Bercakap tentang harga memang dikira murah dan berbaloi apabila melihat kembali kepada kesannya pada kesihatan saya. 
Antara lain produk ini juga dirumus khas dalam proses :
  • mengeluarkan lemak badan yang berlebihan
  • mengeluarkan kotoran dalaman dan makanan tidak hadam
  • mengelakkan sakit dibahagian perut dan mengatasi masalah sembelit
  • melancarkan peredaran darah
Produk berasaskan herba ini juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bertaraf GMP.

Call/Whatsapp 012-4670858 untuk belian sekotak RM70.