Air sungai merupakan punca utama dalam pembekalan air bersih ke kawasan-kawasan perumahan dan industri. Air ini semakin tercemar dan berasid, tidak sesuai digunakan oleh manusia tanpa melalui proses penapisan. Anda mungkin tidak perasan akan kejernihan air yang masuk ke rumah anda mengandungi segala jenis kekotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jika dituang ke dalam gelas lutsinar, warna memang nampak jernih tetapi hakikatnya TIDAK.
Air tersebut juga belum mencapai tahap alkali yang sesuai untuk tubuh manusia. Kelebihan air alkali adalah meneutralkan tahap keasidan badan yang berlebihan. Antara kesan negatif buat mereka yang mempunyai paras asid dalam badan yang tinggi adalah seperti berikut :
- Gout
- Kencing manis
- Jantung
- Darah tinggi
- Penyakit buah pinggang
- Kanser
- Darah rendah
- Sembelit
Keburukan Badan Berasid |
Ketidakseimbangan PH cecair dalam tubuh manusia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi. Bagi seseorang yang mempunyai paras asid dalam badan yang normal, sukatan yang sewajarnya adalah 3.6mg/dl - 8.3mg/dl. Untuk nilai PH pula adalah sekitar 6.8 - 7.2. Keseimbangan makanan pula diukur dalam nisbah 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid supaya badan kekal sihat di tahap optimum. Kestabilan PH dalam badan mampu meningkatkan sistem ketahanan badan dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
Di antara organ badan yang paling berasid adalah perut kerana ia menghasilkan asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pengambilan makanan berasid yang terlalu kerap seperti daging, makanan laut dan makanan terproses (makanan dalam tin), boleh menjejaskan sistem pencernaan lantas meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.
Kelebihan air alkali adalah menyeimbangkan paras asid dalam badan kerana air diperlukan oleh badan untuk memproses makanan dan minuman yang diambil oleh seseorang. Semakin tinggi kadar PH dalam minuman, semakin rendah kadar keasidan badan seseorang.
Concentrated Mineral Drops atau CMD mampu membantu menyelesaikan masalah lebihan asid dalam badan.